NIMP 2030: Nilai tokokan pembuatan dijangka berkembang 6.5% kepada RM587.5b -PM

Business & Finance

NIMP 2030: Nilai tokokan pembuatan dijangka berkembang 6.5% kepada RM587.5b -PM

KUALA LUMPUR: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasar untuk meningkatkan nilai tokokan pembuatan sebanyak 6.5 peratus kepada RM587.5 bilion menjelang 2030, hasil daripada intervensi pelan induk tersebut bagi sektor berimpak tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sektor berimpak tinggi tersebut termasuklah elektrik dan elektronik (E&E), kimia, kenderaan elektrik, aeroangkasa dan farmaseutikal.

“Dari segi pekerjaan, pertumbuhan 2.3 peratus dari 2023 diunjurkan. Ini susulan daripada penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi ketika negara bergerak ke arah aktiviti tokokan nilai tinggi dan peningkatan dalam automasi dan kemajuan teknologi,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran NIMP 2030, di sini, hari ini.

Anwar juga berkata kerajaan yakin strategi dalam NIMP 2030 akan membuahkan hasil yang bermakna dan memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Beliau berkata fokus kedua-dua Ekonomi Madani dan NIMP 2030 diselaraskan untuk menambah baik kehidupan rakyat dengan jangkaan pulangan tinggi daripada sasaran ekonomi negara dan ini termasuk pekerjaan dengan gaji yang baik dan perkongsian kekayaan untuk membina masyarakat yang lebih saksama dan sejahtera.

View Original Article
5

What Do Netizens Say?
Like
Laugh
Shocked
Cry
Meh
Angry
Be the first to comment!
Log In to comment
Scan To Download
Newswav App
https://api.qrserver.com/v1/create-qr-code/?size=165x165&data=https%3A%2F%2Fqr.newswav.com%2Fs%2Fnimp-2030-nilai-tokokan-pembuatan-dijangka-berkembang-6-5-kepada-rm587-5b-p-A2309_m8Yd7s%2FX
4.7 ★ rating from 14,000 users